Hello blogger.
Dah jadi sarang batman dah blog aku ni. Huish. Lama benor
tak post something. Maklum la.. zaman blogger ni dah lama berlalu. Sob~ sob~ ok
la aku tak mau intro panjang-panjang sebab bahasa melayu dengan English aku dah
ke lautan pacific dah.
Hari ni aku nak cerita tentang BLOG. BLOG cerita dalam BLOG.
Not weird guys. Yea! Dah dekat 4 tahun aku lansung tak active blog ni. Dulu
macam-macam cerita yang aku tulis. Pantang ada apa-apa moment yang best mesti
aku tulis. Tak best pun aku tulis jugak actually. Ok whatever.. Sekian
lama aku tak buka blog akhirnya aku cuba jugak buka, nasib ingat lagi
passwordnya. Dengan hasrat nk deactive blog kononnya, pastu terbuka pulak hati
nak baca entry lama. Entry zaman pra sejarah tu. Omy gad!!! I feel idiot about
it. Sigh.😓😓😓😓
Bak kata junie my june, rasa nk bakor tp sayang.
hahaa.. mana tak nya, entry pasal chenta kura-kura la, crush la, apela..
seriously rasa nk burn je semua. Lepas baca entry – entry tu, I feel like siapa
dia ni? Yang nie pulak siapa? Huish persoalan betul.. well.. banyak dah
kenangan yang dah terhakis dari memori aku. Hummm.. bukan bad memories. Cuma..
aku sendiri tak faham kenapa aku boleh lupa sampai macam tu sekali. Maybe aku
banyak lalui kenangan hidup yang pahit maybe. Over~😂
Zaman aku high school aku start blog ni. To be honest aku
nak isi masa dengan benda yang tak dak faedah. Actually blog benda berfaedah
jugak. Yela sampai ke Universiti khidmat aku nk edit blog ni digunakan tau. Tak
caya tanya roommate aku time dekat UiTM dulu. Hahaha.. sorry terbangga diri
sikit.i love edit blog. Semakin lama aku edit, semakin simple jadinya.. hummm..
ingat dulu time blog ni crowded gila dengan theme yang overload, dengan falling
snownya, falling star, falling roses, music video la, rainbow link la, title
berpusing-pusing la. Ish ish.. melampau rasanya.. hahaha.. tak pe itu zaman
kanak-kanak nak semua blink-blink gitu. Di maafkan wahai diri sendiri. Sigh~
Entry yang aku tulis panjang pun pasal aku masuk ke UiTM
dulu. Lepas tu terus lesap tanpa khabor berita. Ok now, aku nak cerita apa yang
jadi 3 tahun lebih lepas. aku dapat masuk UiTM. UiTM mana? adela benda dah lama
malas nk sebut tempat. Aku pun pergi la dengan harapan dapat diploma nanti.
Tapi aku tak minat pun course yang aku dapat. Bak kata orang. Time isi UPU tu
main letak je. Ye la.. idiot time tu mana tahu ye dak? Course aku under applied
science punya faculty. Dah main redah je dengan idiot thinking tu . memang
stupid af me la jawabnya. Bab kawan- kawan dekat situ, I love and miss them
a lot. Seriously. Ni cerita bab belajor. Hati kelaut otak kelain. Habis je part
1 dekat situ, aku rasa apa aku buat ni? Seriously bercelaru gila time tu.
Hari first aku part 2 dekat situ aku rasa aku dah tak boleh
dah buat semua kerja gila ni. I feel lost yang amat sangat. Hari tu parent aku
baru balik dari hantar aku jauh kot. Lepas tu aku buat 1 lagi kerja gila yang
betul-betul gila. Aku call ayah cakap.. aku nk quit.. kau rasa? Memang 1 kerja gila. Cakap punya cakap finally ayah
aku cakap ikot la. Pastu aku blank time tu. Kalau aku quit whats next? Tak kan
nk duduk rumah dengan SPM?? Hell no!! or mohon UPU again? Idea yang bijak nk
mohon semula. Tapi aku teringat yang second
intake dah masuk, ye la aku dah part 2 kau rasa?! Lepas tu aku taktau
nak buat apa. Pastu ..Aku teringat Liya. Actually aku dapat housemate sama ok
I miss them. yang paling ergghhh tu.. tempat yang sama. Tingkat 5!!!!!!!!
Penat tau nak naik sampai atas! Lift tarrrakk..
Aku teringat yang Liya pernah quit UiTM jugak. So, aku try
la gtau dia yg aku pun nak quit jugak. Dia la yang gtau aku step2 nak quit
dengan cara terhormat. Dia cakap kalau nak masuk balik kena quit dan mohon
balik UPU. Hummm.. aku fikir cara ni memang betul-betul take time. Maksudnya
aku kena tunggu sampai june baru boleh masuk U balik. Lambat nya.. nak quit
kena ada sebab beb! aku try la search macam-macam tempat yang ambik intake
dalam masa terdekat. MSU la. UNikl la.. macam-macam. Bersungguh-sungguh aku
call la.. hantar email bagai untuk aku
dapat cepat. Hahaha.. pastu aku buat keputusan nak gtau housemate aku pasal aku
nak quit. Bayangkan time tu 1 december esoknya 2 december (birthday aku). Malam
tu aku dapat birthday surprise dari housmate aku sedih weh.. esok tu kau dah
nak blah dari situ dan esok tu jugak birthday kau.
Birthday yang aku ingat sampai bila-bila.
1. Sebab kawan-kawan yang surprise.
2. Sebab haritu aku akan berpisah dengan semua.
3. Sebab aku tak tau macam mana depa boleh tau birthday aku. FB maybe.
4. Sebab birthday aku bersama kawan-kawan.
END OF PART ONE
PS: agak la dua pages word tau aku taip. Pencapaian tu. Fuhh
… aku tulis panjang-panjang pun orang malas baca. Kannn…. 😑😑😑
0 comments
Catat Ulasan